Saturday, March 10, 2012
Tuan rumah.
Tuan Rumah.
aku punya sebuah rumah kecil untuk disewa,
sudah agak lama rumah itu terbiar tak berpenghuni,
bukan tidak mahu di isi,
tapi seakan belum yakin dengan orang lain untuk menjaga rumah kecil aku itu,
tahun lalu, datang satu orang menanyakan tentang rumah sewa,
aku khabarkan ada, tapi belum yakin mahu disewa,
terus manusia tadi berjanji segala akan menjaga rumah kecil itu sebaik sedia ada,
kali ini aku kalah dengan janji manusia tadi,
janjinya betul2 memukau,
buat aku rasa hampir yakin pasti dia akan kotakan segalanya,
'nah, kuncinya.'
'jaga baik-baik'
aku seakan lega kerana rumah kosong itu sudah ada penjaga,
mujur ada yang sungguh mahu jaga,
sesekali ada juga aku terima aduan
paip bocor, air perlahan, tangki pecah,
biasalah, lama tak guna barangkali,
dibaiki untuk kembali selesa isi rumahnya.
pernah beberapa kali aku terlintas risau,
bagaimana kalau tiba-tiba penyewa tadi mahu keluar,
mungkin dia sudah ketemu rumah yang lebih nyaman?
siapa mahu jaga rumah kecil aku nanti?
siapa yang mampu buat aku kagum dengan janji seperti penyewa tadi lagi?
harap-harap dia akan lama lagi.
sedapkan hati sendiri.
sudah hendak masuk dua tahun.
penyewa masih tetap yang sama,
aku masih juga kadang-kadang gelisah,
takut-takut penyewa mahu minta keluar.
baru-baru ini aku terjumpa dengan dua orang yang berlainan,
dua-dua sedang mencari rumah sewa,
dua-dua juga berjanji setia belaka,
menjadi aku yang sedang nyaman dengan penyewa sekarang,
awal-awal lagi aku menidakkan setuju,
aku masih lagi yakin penyewa sekarang masih ingat janji dia dulu yang dahsyat memukau,
aku pasti.
aku percaya dia ingat semua,
lalu aku terus tinggalkan dua orang tadi dengan pesanan,
'minta cari rumah yang lain'
'rumah saya sudah penuh'.
itu dari sudut aku,
dari sudut si tuan rumah sewa,
aku barangkali lupa,
aku perlu juga tanyakan kepada penyewa sekarang,
apa betul dia mahu menyewa lama lagi,
aku sudah lelah risaukan dia mahu keluar tiba-tiba,
tapi betul juga,
itu hak dia,
sudah awal di bilang dia hanya mahu menyewa.
ah, sudah.
nanti-nanti kalau ada orang tanyakan lagi,
aku sudah tak mahu bagi sewa,
aku tunggu ada orang datang mahu beli terus,
beli, dan terus jadi milik kau mutlak.
aku sudah tak ada daya nak berteka-teki dengan semua yang tak pasti.
nanti, bukan sekarang.
nanti akan aku iklankan.
" FOR SALE".
Saturday, July 23, 2011
Triple A's
Monday, April 18, 2011
Tuesday, February 8, 2011
Sungai Petani - Jerteh
Minggu lepas balik kampung bawa pelancong,tapi aku sempat jadi pemandu pelancong cuma satu hari. Hari lain terus demam siap dengan migrain. Seminggu makan panadol macam makan mentos.Minta maaf ye pelancong. Nanti kita melancong lagi.
Lepas jadi pemandu pelancong, aku terus ikut pelancong balik kampung dia pulak. Gila jauh nak sampai Jerteh,macam nak patah pinggang duduk dalam kereta.
Tempat melancong yang pertama ; Pantai Bukit Keluang,Terengganu. Ada sumber mengatakan dekat sini diorang shooting cerita Merong Mahawangsa.
Dahsyat gila tempat ni, air sungai jernih gila sampai boleh kira pasir dekat dasar. Boleh menangis bila teringatkan Tupah. T_TTuesday, December 14, 2010
Tuesday, November 30, 2010
manusia.
kau macam sengaja tadah muka minta ditampar kenapa?
diam sekejap,
sudah-sudahlah,
kau buat aku serabut.
owh,aku lupa,
aku kena sabar.
sabar.
Wednesday, September 8, 2010
raya.
sahabat-sahabat dari syurga,
aku ini sungguh sudah hilang daya,
mencuba untuk berada di tingkat yang kau paling rasa selesa,
memberi waktu yang kau paling perlu aku ada,
aku sudah habis berlari,
merangkak juga aku masih menjunjung segala rasa yang kau mahu.
sahabat-sahabat dari syurga,
rasa terima kasih itu bukan lagi layak untuk aku ungkap,
lebih dari itu tak tergambar,
aku ini dari tahap yang paling hina,
seringkali lupa apa itu setia,
aku malu membanding diri dengan sahabat yang aku punya,
apa layak aku dibanding dengan sahabat yang seindah dari syurga,
maafkan aku apa adanya.
kepada yang setia membilang pagi,
mengakhiri setiap malam yang sepi,
aku paling beruntung punya kamu dalam hati.
walau kini aku bukan lagi yang itu.
selamat hari raya,
maaf apa adanya.

Wednesday, April 21, 2010
bulan empat, hari ke-tujuh belas
tahun ini,bulan empat, hari ke-tujuh belas .
saya rasa lebih ada makna bila dapat jumpa semua ahli keluarga saya.
tak tipu, memang semua. dan saya juga tak tipu bila saya cakap saya tak guna langsung call free yang maxis bagi tu. okay,yang ni tipu,saya guna,tapi cuma untuk 5 minit. (macam tak perlu tunggu dapat call free pon boleh buat kalau camtu).
mesti orang akan cakap, 'memanglah kau tak guna sebab kau takde boyfriend'
yelah kan. orang lain ada. lupa pulak.
tak apalah,saya punya keluarga yang beri makna. dan untuk semua yang ternanti bila saya bakal punya teman lelaki, doakanlah lagi.
saya selalu doa macam Deea post dekat blog dia hari tu.mungkin sebab tu belum jumpa. (cita-cita tinggi sangat)
eh,lupa. nak cerita pasal hari jadi dan hari jumpa Raouf sebenarnya. mula-mula nampak Raouf,dia kecik sangat. nak angkat pun takut. Raouf suka buat muka garang. tapi auntie Oni shayangggg yu.
saya memang pantang nampak budak kecik,rasa macam bahagia bila nampak budak2
( logik kan?,biarlah tak logik pon).
gabungan hari jadi bersama keluarga dan bertemu anak saudara yang baru sangatlah sempurna. ditambah dengan masakan ibu yang sumpah saya rindu gila.
saya punya semangat baru untuk balik melaka, fokus untuk periksa yang saya harap jadi yang terakhir kali. tapi rupanya saya cuma kuat bila ada dengan orang2 yang saya sayang.balik sekolah aku jadi melankolik balik. rasa nak menyorok bawah tilam nangis kuat-kuat. (dah lama rasanya tak nangis,konon kuatlah depan kawan2 mana boleh nangis, citt porahh)
ye betul,oni memang manja. (manja sendiri,mak dengan abah tak pernah manjakan dia pon)
opss lupa, saya sangat berterima kasih kerana mempunyai kakak yang sangatlah baik-hati-murah-rezeki, beliau sangatlah generous ( mengalahkan ellen degenerous). beliau belanja baju dan seluar baru untuk alam professional nanti.maklumlah,adik dia ni cuma ada seluar yang boleh bawa pergi pasar je. thank you soooo much kakak!
dan,ada lagi satu yang buat saya tersengih2 dalam train dari steten Bandaraya hingga ke stesen Bukit Jalil.
kakak dengan Abu hantar saya sampai sogo,dari situ balik sendiri pergi bukit jalil,masa dah nak balik tu, macam biasa salam kakak dengan abu,
tapi...
yang bestnya,masa abu salam tu,dia selitkan duit dalam tangan dia rupanya. oh soo suwitttt lah abu. macam salam pergi kenduri kahwin tu,siapa yang salam dengan tangan kosong,maka tuan rumah akan salam lama sikit sebab tak puas hati cari duit tak jumpa. ngeee.
saya terus berlalu pergi dengan tersengih2. haha. pandai abu buat surprise.
(menyesal selalu gaduh dengan dia kecik2 dulu).
tapi macam tak kena lak adik pulak yang bagi duit dekat kakak. oh maafkanlah saya, saya masih tiada pendapatan. abu-the-encik-polis sudah bekerjaya.
okay,sekarang rasa macam dah banyak sangat cakap. mari kita letak gambar.
(macamlah ada orang ternanti2 nak tengok). haha
abah dah ready pakai baju handsome dari tengah hari sebab nak bergambar ramai2,tapi dah lepas asar baru sempat bergambar.Tuesday, March 23, 2010
Friday, March 12, 2010
optimis-mistik
aku dah penat dengan dunia yang penuh dengan sifat negatif,
sekarang mahu fikirkan yang baik2 saja. aku akan jadi se-optimis yang mungkin.
dan untuk memulakan hidup yang penuh dengan warna warni,kita dengar lagu yang alololo-comelnya..
rasa-rasa menjadi ke kempen hidup warna-warni ni?..jangan esok aku mula melankolik semula.
eh,tengok tu..kan dah mula fikir negatif balik..

mungkin esok pelangi akan lebih terang dari yang dulu-dulu,
walau tak mungkin direaliti,
biar saja pelangi itu warnakan mimpi.
walau tak mungkin direaliti,
biar saja pelangi itu warnakan mimpi.
Tuesday, March 2, 2010
Thursday, February 18, 2010
taiknologi.
tengah ada mood nak ber-diari (bluwekkk)...
hari ini bangun awal (dari biasa), tengah hari ada tugas membawa mak dengan abah pergi kenduri kahwin, sejujurnya aku tak berapa minat nak pergi kenduri ni, tambah pulak dengan cuaca yang panas melampau sampai boleh bikin garing baju yang dipakai. tapi itu tanggunggjawab sebagai anak,tanggungjawab menghadiri jemputan majlis, dan demi tanggungjawab itu, aku cuba ikhlaskan hati.
di rumah kenduri, selepas makan lauk yang lebih kurang sama dengan semua kenduri yang ada di malaysia, mak dengan abah ajak lepak dalam rumah kawan (lepak ye) memang kitorang lepak pun,tunggu pengantin sampai, sejuk la sikit duduk dalam rumah. dan aku menjadi yang paling muda dan paling tak tahu apa2 pun turut serta dalam perbincangan yang lebih kepada hal anak-anak dan cucu masing2.
dan tiba satu part tu,abah (a.k.a daddy's cool) cakap dengan tuan rumah tu,
" sekarang ni anak2 tak nak kawan dengan kita dah, diorang kawan dengan laptop je"
ye, aku masih disitu,dan memang abah tengah jeling ke arah aku sambil buat gaya ala2 tgh chatting, dia mula2 tgh bercerita tentang perihal kakak aku yang sibuk dengan phd dia tu, sampai jarang2 sekali keluar bilik.semua orang tahu dia tgh sibuk, aku yang balik bercuti sekali sekala ni pun nak jugak buat2 sibuk depan laptop. haha (tak kelakar)
aku sedar abah memang pentingkan isu kekeluargaan ni, kalau boleh masa makan mesti semua kena makan sama2,sembahyang jemaah ramai2,tengok tv sama2, sebab abah selalu cakap, waktu2 macam tu la yang boleh eratkan silaturrahim antara keluarga.
aku dah lama arif tentang isu itu, dan setiap kali aku bercuti dekat rumah pun, walaupun aku akan online 24jam dalam bilik, tapi paling kurang mesti sejam sekali aku akan keluar bilik, jenguk ruang tamu,lepak2 depan tv walau pun abah tgh tengok berita BERNAMA,buat2 tanya abah dgn mak tgh tengok cerita apa,sepuluh atau lima belas minit pun dah cukup, aku cuma nak abah dgn mak sedar kewujudan aku dalam rumah,taknak diorang rasa macam tak ada orang dalam rumah, anak balik bercuti pun masih rumah kosong sunyi.
selagi kita ada,kita tak akan sedar betapa perlunya kita dengan semua itu. perasaan boleh tengok tv sama2 dengan adik beradik, makan sama2,curi air org lain sebab malas nak buat air sendiri, tapi bila dah jauh,bila tiba-tiba ada yang ditarik balik, masa tu menyesal tak akan ada guna. aku cuba ingatkan diri sendiri,takut2 aku sendiri lalai dengan teknologi,lalai dengan kawan2,sampai lupa darah daging sendiri.
esok aku akan kembali jauh dengan mak abah,walau pun tak la jauh mana,tapi aku dah kurang peluang nak dapat pahala semata kerana tatap muka mak abah,
okay, kenapa tiba2 aku mengada2 macam sedih sangat nak balik sekolah semula, padahal ini dah macam basi dalam hidup aku, aku di kedah memang selalunya tak sampai seminggu, hari lain dalam setahun lebih banyak di tempat lain.paling lama aku di rumah cuma bila cuti semester.
sebenarnya tengah mengantuk gile, tapi tak boleh nak lelap mata sebab dari tadi ada bau ayam BBQ dengan cookies yang baru keluar dari oven. mummy paling jaguh buat aku tak senang duduk dengan segala makanan tu. haishhh..
to mummy and daddy,(ni panggilan waktu tengah nak mengada)
org akan sembahyang maghrib berjemaah malam nnt.
malam ni kita tengok berita sama-sama ye.
dan juga makan ayam bbq sama2. oh la la.

*** berkerut-kerut muka aku bila tengok blog sendiri ada entry panjang berjela. errrr
Tuesday, February 16, 2010
entri paling banyak gambar .
rasanya kena tulis jugak mukadimah untuk entri kali ni, mulanya ingat nak letak je gamba, sila pahamkan sendiri semua maksud gambar2 di bawah, tapi terfikir pulak kalau nanti ada yang berkerut muka cari jawapan, 'mana datangnya cik hajar tu tiba2 ada dekat melaka? '
okay, dia datang untuk bercuti, tenangkan fikiran, rehatkan badan,nikmati pemandangan.
tapi saya dengan kejamnya telah seksa dia jalan kaki keliling bandar melaka sampai rasa macam nak patah kaki ( at least saya memenuhi setiap yang terkandung dalam tentatif program) .
alhamdulillah, semua yang dirancang agak menjadi. tapi saya paling takut cik hajar tu penat,tak cukup makan,tak cukup rehat,tak enjoy dekat melaka. (babe,seriously aku takut gila kalau ko pengsan tgh jalan) huhu
ingat senang ke nak jadi project manager,walaupun tetamu cuma seorang, yang seorang itulah yang paling selalu buat saya cemas. segala rasa mengantuk dan penat jadi hilang sebab saya dah janji nak bagi percutian yang paling menarik untuk sang sahabat. (tapi sorry kalau trip ni tak menarik seperti yang di idamkan )
sekarang dah malas nak tulis, kalau tulis banyak2 nanti mulalah terkeluar ayat2 puisi, muntah pulak orang lain nanti. silalah tengok gambar......
biarlah tengah panas terik,angin ribut rosak tudung,
pemandangan dekat pantai akan buat semua orang jadi senyum .
saya nak jadi sahabat dia sampai bila-bila.
possible kan? insyaAllah.
okay, dia datang untuk bercuti, tenangkan fikiran, rehatkan badan,nikmati pemandangan.
tapi saya dengan kejamnya telah seksa dia jalan kaki keliling bandar melaka sampai rasa macam nak patah kaki ( at least saya memenuhi setiap yang terkandung dalam tentatif program) .
alhamdulillah, semua yang dirancang agak menjadi. tapi saya paling takut cik hajar tu penat,tak cukup makan,tak cukup rehat,tak enjoy dekat melaka. (babe,seriously aku takut gila kalau ko pengsan tgh jalan) huhu
ingat senang ke nak jadi project manager,walaupun tetamu cuma seorang, yang seorang itulah yang paling selalu buat saya cemas. segala rasa mengantuk dan penat jadi hilang sebab saya dah janji nak bagi percutian yang paling menarik untuk sang sahabat. (tapi sorry kalau trip ni tak menarik seperti yang di idamkan )
sekarang dah malas nak tulis, kalau tulis banyak2 nanti mulalah terkeluar ayat2 puisi, muntah pulak orang lain nanti. silalah tengok gambar......
biarlah tengah panas terik,angin ribut rosak tudung,pemandangan dekat pantai akan buat semua orang jadi senyum .
saya nak jadi sahabat dia sampai bila-bila.possible kan? insyaAllah.
Sunday, January 31, 2010
january dua kosong satu kosong
Tuesday, January 26, 2010
dari mata Si Merah itu.
Wednesday, January 20, 2010
windstruck
Friday, January 8, 2010
oni-memang-melankolik-allthetime
malam ini mood sedang melankolik lagi. rasa macam nak tukar nama blog ni jadi oni-memang-melankolik-allthetime. tak payah susah2 orang lain nak ulang banyak kali yg saya jiwang. yeay!
baru2 ni ada beberapa perkara buat hati saya berbunga2 lalu tersenyum sambil tidur :
satu :
Hfiy yang dinanti sudah keluar. sumpah teruja gila bila dapat call dari Tina malam tu. bila dapat mms gambar Hfiy,lagi lah macam dapat gambar boyfriend yg paling kacak dalam dunia. Kawan2 yang tak pernah kenal Hajar Husna pun saya tunjuk gambar tu. memang agak gembira tak tentu pasal hari tu.
dua :
rasa macam ada tadi. tapi pasal apa eh?. ermm
tiga :
memang yang itu je kot yang buat saya teruja untuk minggu ni. cisss..tadi rasa macam banyak.
empat :
'sahabat dari syurga' memang tak henti buat saya rasa mahu hidup hari-hari.
dan yang selebihnya hanya perkara yang memualkan dan buat hati rasa macam terkoyak hingga susah hendak tidur dan susah nak bangun subuh.
(yang ini memang banyak) :
satu :
rindu tak pasal2 entah dekat siapa2. yang ini memang gila memualkan. malas nak terangkan.
dua :
sebab dia lagi, kalau bukan dia siapa lagi yang paling jaguh pijak hati saya sambil menari2.
tiga :
rahsia
empat :
tak boleh tulis sini nanti semua orang akan tahu.
lima :
orang cakap saya tengah sibuk bercinta. bwahahaha. (sesuai ke masuk kategori ni?)
enam :
kaki lenguh dari hari isnin sampai hari ni tak hilang2. terkejut sebab kena berjalan jauh setelah sebulan lebih asyik bergolek atas katil dekat rumah je.
tujuh : Miracle wont happen.
manusia memang selalu senaraikan apa yang buruk2 je dalam hidup, padahal banyak lagi benda yang indah berlaku dalam hidup . selalu yang baik2 tu tak nak pulak di kongsi. bila yang buruk semuanya nak mengeluh bagi dunia simpati. typical kan? tah pape tah.
saya pun nak jadi typical jugak la hari ni. (harap2 follower bertambah)
esok nak cari tips kecantikan macam hanis zalikha.mesti lagi ramai follower lepas ni. hahaha
okay,
tipu je sebenarnye senarai nasib malang dekat atas tu. takde la seksa sangat pun hidup kalau nak dibandingkan dengan orang yang dalam Bersamamu tu. oleh itu,saya mengumumkan bahawa saya ok je. gelabah je lebih nak tulis blog panjang2 sebab baru lepas baca blog hanis zalikha. muahahahah.
Thursday, December 31, 2009
tahun baru sepuluh.
semua tgh bercakap pasal hari esok,
berdebar kononnya,
hari esok yang beza cuma angka,
kalau kau tetap membatu tak faham bahasa,
kau tetap kau yang sama,
tak pernah berubah dari mula,
buat apa canang pada dunia kau punya azam segala,
dalam hati sendiri kau tahu kau tak akan cuba,
padahal kau cuma nak nampak maju macam yg lainnya.
Kepada sang duaribusembilan yang sudah nak ditinggal zaman,
tolong kekal jadi yang semalam,
sebab aku sikit pun tak berangan kau akan sama sampai tahun depan.
dan untuk kau-yang-memang-tak-akan-faham,
teruslah lari kejar awan,
kalau nanti jatuh tak mampu jalan,
jangan kau lupa, kan aku sudah pesan.
aku sikit pun tak marah apa yang kau buat dulu,
selamat tahun baru ! =)
Friday, December 18, 2009
we will start it all over again.
We will start everything with the first number in the calendar,
some numbers will be added,
some scene will be created, some stories will be recorded,
some friends will be leaving, some others friends will be coming,
some new enemies will be counted,
some strange feelings will be experienced,
some other reasons will be explained,
and there will be some people that might take it for granted.
Salam Muharam
bliss
please .
si bintang tiga!
aku sudah jumpa kamu .
kan aku dah cakap, aku lebih suka gelap gelita dari terang benderang.
please be there,
you don't know how much it mean to me.
satu.dua.tiga
sampai bila-bila .
Subscribe to:
Posts (Atom)