Tuesday, March 23, 2010

almost.

Gol,
sikit lagi .






Friday, March 12, 2010

optimis-mistik




aku dah penat dengan dunia yang penuh dengan sifat negatif,
sekarang mahu fikirkan yang baik2 saja. aku akan jadi se-optimis yang mungkin.
dan untuk memulakan hidup yang penuh dengan warna warni,kita dengar lagu yang alololo-comelnya..

rasa-rasa menjadi ke kempen hidup warna-warni ni?..jangan esok aku mula melankolik semula.
eh,tengok tu..kan dah mula fikir negatif balik..




mungkin esok pelangi akan lebih terang dari yang dulu-dulu,
walau tak mungkin direaliti,
biar saja pelangi itu warnakan mimpi.





Tuesday, March 2, 2010

paling jauh.


satu.

dua.

tiga.

empat.

lima.

enam.

tujuh.

lapan.

sembilan.

sepuluh.



aku mahu lari jauh-jauh ...


Thursday, February 18, 2010

taiknologi.

tengah ada mood nak ber-diari (bluwekkk)...

hari ini bangun awal (dari biasa), tengah hari ada tugas membawa mak dengan abah pergi kenduri kahwin, sejujurnya aku tak berapa minat nak pergi kenduri ni, tambah pulak dengan cuaca yang panas melampau sampai boleh bikin garing baju yang dipakai. tapi itu tanggunggjawab sebagai anak,tanggungjawab menghadiri jemputan majlis, dan demi tanggungjawab itu, aku cuba ikhlaskan hati.

di rumah kenduri, selepas makan lauk yang lebih kurang sama dengan semua kenduri yang ada di malaysia, mak dengan abah ajak lepak dalam rumah kawan (lepak ye) memang kitorang lepak pun,tunggu pengantin sampai, sejuk la sikit duduk dalam rumah. dan aku menjadi yang paling muda dan paling tak tahu apa2 pun turut serta dalam perbincangan yang lebih kepada hal anak-anak dan cucu masing2.

dan tiba satu part tu,abah (a.k.a daddy's cool) cakap dengan tuan rumah tu,

" sekarang ni anak2 tak nak kawan dengan kita dah, diorang kawan dengan laptop je"

ye, aku masih disitu,dan memang abah tengah jeling ke arah aku sambil buat gaya ala2 tgh chatting, dia mula2 tgh bercerita tentang perihal kakak aku yang sibuk dengan phd dia tu, sampai jarang2 sekali keluar bilik.semua orang tahu dia tgh sibuk, aku yang balik bercuti sekali sekala ni pun nak jugak buat2 sibuk depan laptop. haha (tak kelakar)

aku sedar abah memang pentingkan isu kekeluargaan ni, kalau boleh masa makan mesti semua kena makan sama2,sembahyang jemaah ramai2,tengok tv sama2, sebab abah selalu cakap,
waktu2 macam tu la yang boleh eratkan silaturrahim antara keluarga.

aku dah lama arif tentang isu itu, dan setiap kali aku bercuti dekat rumah pun, walaupun aku akan online 24jam dalam bilik, tapi paling kurang mesti sejam sekali aku akan keluar bilik, jenguk ruang tamu,lepak2 depan tv walau pun abah tgh tengok berita BERNAMA,buat2 tanya abah dgn mak tgh tengok cerita apa,sepuluh atau lima belas minit pun dah cukup, aku cuma nak abah dgn mak sedar kewujudan aku dalam rumah,taknak diorang rasa macam tak ada orang dalam rumah, anak balik bercuti pun masih rumah kosong sunyi.

selagi kita ada,kita tak akan sedar betapa perlunya kita dengan semua itu. perasaan boleh tengok tv sama2 dengan adik beradik, makan sama2,curi air org lain sebab malas nak buat air sendiri,
tapi bila dah jauh,bila tiba-tiba ada yang ditarik balik, masa tu menyesal tak akan ada guna. aku cuba ingatkan diri sendiri,takut2 aku sendiri lalai dengan teknologi,lalai dengan kawan2,sampai lupa darah daging sendiri.

esok aku akan kembali jauh dengan mak abah,walau pun tak la jauh mana,tapi aku dah kurang peluang nak dapat pahala semata kerana tatap muka mak abah,

okay, kenapa tiba2 aku mengada2 macam sedih sangat nak balik sekolah semula, padahal ini dah macam basi dalam hidup aku, aku di kedah memang selalunya tak sampai seminggu, hari lain dalam setahun lebih banyak di tempat lain.paling lama aku di rumah cuma bila cuti semester.


sebenarnya tengah mengantuk gile, tapi tak boleh nak lelap mata sebab dari tadi ada bau ayam BBQ dengan cookies yang baru keluar dari oven. mummy paling jaguh buat aku tak senang duduk dengan segala makanan tu. haishhh..

to mummy and daddy,(ni panggilan waktu tengah nak mengada)

org akan sembahyang maghrib berjemaah malam nnt.

malam ni kita tengok berita sama-sama ye.
dan juga makan ayam bbq sama2. oh la la.








*** berkerut-kerut muka aku bila tengok blog sendiri ada entry panjang berjela. errrr



Tuesday, February 16, 2010

entri paling banyak gambar .

rasanya kena tulis jugak mukadimah untuk entri kali ni, mulanya ingat nak letak je gamba, sila pahamkan sendiri semua maksud gambar2 di bawah, tapi terfikir pulak kalau nanti ada yang berkerut muka cari jawapan, 'mana datangnya cik hajar tu tiba2 ada dekat melaka? '

okay, dia datang untuk bercuti, tenangkan fikiran, rehatkan badan,nikmati pemandangan.
tapi saya dengan kejamnya telah seksa dia jalan kaki keliling bandar melaka sampai rasa macam nak patah kaki ( at least saya memenuhi setiap yang terkandung dalam tentatif program) .

alhamdulillah, semua yang dirancang agak menjadi. tapi saya paling takut cik hajar tu penat,tak cukup makan,tak cukup rehat,tak enjoy dekat melaka. (babe,seriously aku takut gila kalau ko pengsan tgh jalan) huhu

ingat senang ke nak jadi project manager,walaupun tetamu cuma seorang, yang seorang itulah yang paling selalu buat saya cemas. segala rasa mengantuk dan penat jadi hilang sebab saya dah janji nak bagi percutian yang paling menarik untuk sang sahabat. (tapi sorry kalau trip ni tak menarik seperti yang di idamkan )

sekarang dah malas nak tulis, kalau tulis banyak2 nanti mulalah terkeluar ayat2 puisi, muntah pulak orang lain nanti. silalah tengok gambar......








paling tinggi.
paling ramai orang asing.

biarlah tengah panas terik,angin ribut rosak tudung,
pemandangan dekat pantai akan buat semua orang jadi senyum .


saya nak jadi sahabat dia sampai bila-bila.
possible kan? insyaAllah.


semua.


'sahabat dari syurga'

konsep gambar : through my window =)


baru jadi kawan.



dinding paling cantik.

dia memang selalu akan setia menyokong saya dari belakang. tak kira apa.



Sunday, January 31, 2010

january dua kosong satu kosong

busking park at dataran pahlawan .

topi koboi sepuluh ringgit .

memang pergi zoo, tapi gambar bersama haiwan sangatlah limited.
kebanyakan haiwan sedang tidur waktu kami melawat. ciss



gambar ini memang tak ada kaitan dengan tarikh yang ditulis.
ini gambar di kampung bersama sahabat.



Tuesday, January 26, 2010

dari mata Si Merah itu.




Putrajaya sedang berkabung.


Perasaan bila nampak langit yang cantik penuh dengan awan,
terus rasa terloncat-loncat nak keluar kereta dan rakam segala.




saya suka naik public transport dekat KL sorang2,
tapi lagi suka kalau stesen KTM selalu lengang macam ini.


rasa macam nak jadi pekebun,
tapi dekat Putrajaya je.


Wednesday, January 20, 2010

windstruck


twinkle twinkle little hope
pass me down that great big rope
give me peace and give me pride
like the sky so big and wide
twinkle twinkle little hope
pass me down that great big rope


Friday, January 8, 2010

oni-memang-melankolik-allthetime


malam ini mood sedang melankolik lagi. rasa macam nak tukar nama blog ni jadi oni-memang-melankolik-allthetime. tak payah susah2 orang lain nak ulang banyak kali yg saya jiwang. yeay!

baru2 ni ada beberapa perkara buat hati saya berbunga2 lalu tersenyum sambil tidur :

satu :

Hfiy yang dinanti sudah keluar. sumpah teruja gila bila dapat call dari Tina malam tu.
bila dapat mms gambar Hfiy,lagi lah macam dapat gambar boyfriend yg paling kacak dalam dunia. Kawan2 yang tak pernah kenal Hajar Husna pun saya tunjuk gambar tu. memang agak gembira tak tentu pasal hari tu.

dua :

rasa macam ada tadi. tapi pasal apa eh?. ermm


tiga :

memang yang itu je kot yang buat saya teruja untuk minggu ni.
cisss..tadi rasa macam banyak.

empat :

'sahabat dari syurga' memang tak henti buat saya rasa mahu hidup hari-hari.



dan yang selebihnya hanya perkara yang memualkan dan buat hati rasa macam terkoyak hingga susah hendak tidur dan susah nak bangun subuh.

(yang ini memang banyak) :

satu :

rindu tak pasal2 entah dekat siapa2. yang ini memang gila memualkan. malas nak
terangkan.

dua :

sebab dia lagi, kalau bukan dia siapa lagi yang paling jaguh pijak hati saya sambil menari2.


tiga :

rahsia


empat :

tak boleh tulis sini nanti semua orang akan tahu.


lima :

orang cakap saya tengah sibuk bercinta. bwahahaha. (sesuai ke masuk kategori ni?)

enam :

kaki lenguh dari hari isnin sampai hari ni tak hilang2. terkejut sebab kena berjalan jauh setelah sebulan lebih asyik bergolek atas katil dekat rumah je.

tujuh : Miracle wont happen.



manusia memang selalu senaraikan apa yang buruk2 je dalam hidup, padahal banyak lagi benda yang indah berlaku dalam hidup . selalu yang baik2 tu tak nak pulak di kongsi. bila yang buruk semuanya nak mengeluh bagi dunia simpati. typical kan? tah pape tah.

saya pun nak jadi typical jugak la hari ni. (harap2 follower bertambah)
esok nak cari tips kecantikan macam hanis zalikha.mesti lagi ramai follower lepas ni. hahaha

okay,
tipu je sebenarnye senarai nasib malang dekat atas tu. takde la seksa sangat pun hidup kalau nak dibandingkan dengan orang yang dalam Bersamamu tu. oleh itu,saya mengumumkan bahawa saya ok je. gelabah je lebih nak tulis blog panjang2 sebab baru lepas baca blog hanis zalikha. muahahahah.




Thursday, December 31, 2009

tahun baru sepuluh.



semua tgh bercakap pasal hari esok,
berdebar kononnya,
hari esok yang beza cuma angka,
kalau kau tetap membatu tak faham bahasa,
kau tetap kau yang sama,
tak pernah berubah dari mula,
buat apa canang pada dunia kau punya azam segala,
dalam hati sendiri kau tahu kau tak akan cuba,
padahal kau cuma nak nampak maju macam yg lainnya.

Kepada sang duaribusembilan yang sudah nak ditinggal zaman,
tolong kekal jadi yang semalam,
sebab aku sikit pun tak berangan kau akan sama sampai tahun depan.

dan untuk kau-yang-memang-tak-akan-faham,
teruslah lari kejar awan,
kalau nanti jatuh tak mampu jalan,
jangan kau lupa, kan aku sudah pesan.

aku sikit pun tak marah apa yang kau buat dulu,
selamat tahun baru ! =)


Friday, December 18, 2009

we will start it all over again.


We will start everything with the first number in the calendar,

some numbers will be added,

some scene will be created, some stories will be recorded,

some friends will be leaving, some others friends will be coming,

some new enemies will be counted,

some strange feelings will be experienced,

some other reasons will be explained,

and there will be some people that might take it for granted.


Salam Muharam

bliss

please .


si bintang tiga!
aku sudah jumpa kamu .
kan aku dah cakap, aku lebih suka gelap gelita dari terang benderang.

please be there,
you don't know how much it mean to me.

satu.dua.tiga
sampai bila-bila .