Monday, December 14, 2009

aku lupa nak jadi manusia.


aku sekadar hendak cuba ,
apa rasa yang tinggal bila kita kongsi semua,
harap-harap boleh tidur lena macam manusia lain dalam dunia.

(jangan baca . entri ini memang macam telenovela )


semalam aku pergi jemput kakak aku pulang, yang aku nantikan "si merah" aku yang melancong tanpa aku. tak apa mungkin dia lebih memerlukan semua pengalaman itu dari aku.
di tempat kapal terbang mendarat dan kawasan yang seluas-luasnya malam itu, aku cuma cari bintang yang tiga itu. sumpah aku dah hilang jejak mereka.

aadiyaat memang paling suka nampak sebesar-besar kapal terbang depan mata dia, tapi mama dia lagi teruja agaknya, dalam banyak-banyak soalan yang dia boleh tanya, yang keluar dari mulut cuma " macam mana benda berat ni boleh terbang eh ? " . aku jangkakan soalan itu akan datang dari anak dia.

dan sementara tunggu orang yang dijemput itu selesai dengan proses mendarat. kami di luar lapangan ini dihilangkan bosan dengan kelibat si botak yang paling popular di malaysia. tapi aku cuma sempat nampak belakang dia. yang nampak si botak yang kononnya terkenal itu adalah orang yang bertanya tentang benda berat yang boleh terbang itu. dah memang tabiat aku orang lalu depan mata pun aku jarang pandang. kecuali disuruh pandang.

malam itu orang yang paling sibuk di talian adalah mummy, habis semua ahli keluarga di ingatkan tentang kepulangan kakak malam ini. aku pun hairan, ini bukan pertama kali kakak tu terbang jauh, dan kali ini pergi cuma seminggu, tapi memang keluarga aku macam itu. hari yang boleh dikumpulkan semua ahli memang sangat di titik beratkan. tapi kakak aku yang sedang besar perutnya itu tak ada peluang hendak turut serta.

hari selepas esok,
niat untuk menjamu mata melihat pokok-pokok tinggi yang dihias segala. tapi manusia macam semut masuk tentera. ramai gila ! cuma yang dapat dirakam dalam memori cuma adegan sesat dalam one utama, tak jumpa punca kereta letak dekat mana.

hari ini kakak aku yang perut sudah kian besar itu datang dari tempat kerja dia. kutip hadiah dari luar negara . sekurangnya balik nanti aku boleh cerita pada mummy yang semua anak perempuannya sudah jumpa sesama sendiri. si ibu mengandung tu tak pernah jadi macam ibu mengandung lain yang selalu berlakon dalam tv. layu dan longlai macam sayur. tapi kakak aku macam orang tak berbadan dua,cergas dia tetap sama, sama macam si hajar husna tu. aku bakal mendapat dua orang anak sedara. eh yeke? . peduli apa, aku tetap teruja!

dan untuk kekasih hati yang dirindui. tetttt... ini memang sengaja hendak buat si hajar abas terbeliak mata. maaf, aku masih belum boleh kongsi berita yang kau tunggu selama ini.

esok, dan ini memang di maksudkan esok bersamaan hari selasa lima belas haribulan dua belas tahun yang sama. aku akan pulang ke tempat yang banyak warna hijau dan juga ada ibu bapa disana.
setinggi mana pun bangunan,secanggih mana pun kota raya ini. aku tetap rindu gelap gelita di rumah aku.

di sini tak nampak bintang,
di sini tak nampak awan.

aku mahu kembali cari jejak bintang tiga itu.






1 comment:

Hajar said...

oh tidak!perotku besar ya?haha