Minggu lepas balik kampung bawa pelancong,tapi aku sempat jadi pemandu pelancong cuma satu hari. Hari lain terus demam siap dengan migrain. Seminggu makan panadol macam makan mentos.
Minta maaf ye pelancong. Nanti kita melancong lagi.
Minta maaf ye pelancong. Nanti kita melancong lagi.
Lepas jadi pemandu pelancong, aku terus ikut pelancong balik kampung dia pulak. Gila jauh nak sampai Jerteh,macam nak patah pinggang duduk dalam kereta.
Tempat melancong yang pertama ; Pantai Bukit Keluang,Terengganu. Ada sumber mengatakan dekat sini diorang shooting cerita Merong Mahawangsa.
Dahsyat gila tempat ni, air sungai jernih gila sampai boleh kira pasir dekat dasar. Boleh menangis bila teringatkan Tupah. T_T