Saturday, March 10, 2012

Tuan rumah.


Tuan Rumah.

aku punya sebuah rumah kecil untuk disewa,
sudah agak lama rumah itu terbiar tak berpenghuni,
bukan tidak mahu di isi,
tapi seakan belum yakin dengan orang lain untuk menjaga rumah kecil aku itu,
tahun lalu, datang satu orang menanyakan tentang rumah sewa,
aku khabarkan ada, tapi belum yakin mahu disewa,
terus manusia tadi berjanji segala akan menjaga rumah kecil itu sebaik sedia ada,
kali ini aku kalah dengan janji manusia tadi,
janjinya betul2 memukau,
buat aku rasa hampir yakin pasti dia akan kotakan segalanya,

'nah, kuncinya.'
'jaga baik-baik'

aku seakan lega kerana rumah kosong itu sudah ada penjaga,
mujur ada yang sungguh mahu jaga,
sesekali ada juga aku terima aduan
paip bocor, air perlahan, tangki pecah,
biasalah, lama tak guna barangkali,
dibaiki untuk kembali selesa isi rumahnya.

pernah beberapa kali aku terlintas risau,
bagaimana kalau tiba-tiba penyewa tadi mahu keluar,
mungkin dia sudah ketemu rumah yang lebih nyaman?
siapa mahu jaga rumah kecil aku nanti?
siapa yang mampu buat aku kagum dengan janji seperti penyewa tadi lagi?
harap-harap dia akan lama lagi.
sedapkan hati sendiri.

sudah hendak masuk dua tahun.
penyewa masih tetap yang sama,
aku masih juga kadang-kadang gelisah,
takut-takut penyewa mahu minta keluar.

baru-baru ini aku terjumpa dengan dua orang yang berlainan,
dua-dua sedang mencari rumah sewa,
dua-dua juga berjanji setia belaka,
menjadi aku yang sedang nyaman dengan penyewa sekarang,
awal-awal lagi aku menidakkan setuju,
aku masih lagi yakin penyewa sekarang masih ingat janji dia dulu yang dahsyat memukau,
aku pasti.
aku percaya dia ingat semua,
lalu aku terus tinggalkan dua orang tadi dengan pesanan,
'minta cari rumah yang lain'
'rumah saya sudah penuh'.

itu dari sudut aku,
dari sudut si tuan rumah sewa,
aku barangkali lupa,
aku perlu juga tanyakan kepada penyewa sekarang,
apa betul dia mahu menyewa lama lagi,
aku sudah lelah risaukan dia mahu keluar tiba-tiba,
tapi betul juga,
itu hak dia,
sudah awal di bilang dia hanya mahu menyewa.

ah, sudah.

nanti-nanti kalau ada orang tanyakan lagi,
aku sudah tak mahu bagi sewa,
aku tunggu ada orang datang mahu beli terus,
beli, dan terus jadi milik kau mutlak.
aku sudah tak ada daya nak berteka-teki dengan semua yang tak pasti.

nanti, bukan sekarang.
nanti akan aku iklankan.
" FOR SALE".

1 comment:

ribka said...

Kenapa tak pernah post lagi kak? Miss it :)