Wednesday, October 28, 2009

hear the meaning within these words

.terlalu banyak bermonolog.
.sampai kadang meronta nak terluah.
.tiap kali aku cuba jadi pencerita.
.sudahnya aku yang akan menyesal.
.setidaknya aku penah cuba.
.untuk yang terakhir kali.
.dan tak akan lagi.
.lebih baik terus jadi yang setia.


***************************

untuk yang sentiasa setia mendengar....


TeruntukMu hatiku,
ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya,
imaji yang terlintas
Berjalan pada satu,
tanya selalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih

Kepada yang Tercinta,
inginnya ku mengeluh
Semua resah didiri,
mencari jawab pasti

Akankah, seseorang,
yang ku impikan akan hadir
Raut halus,
menyelimuti jantungku




* oni berjiwa-jiwa lagi.
ye..saya sedar tentang itu..
biarkan sahaja..*






8 comments:

S.H.A said...

Jatt Hajar likes this!
:)

* oni * said...

like je ke? haha

Nadrea said...

it doesn't sounds like you..ini oni yg ku kenal??hehe..

jgn cepat berhalusinasi dengan perkara yg belum tentu hujung pangkal nya kawan....

(haha..siyes org x phm ape org ckp..)

hanya memberi respond akan lenggok bahasamu yg indah lg puitis itu..haha

* oni * said...

hanya yg pernah berkongsi jiwa yg tahu oni sememangnya begini...lagak gagah di depan org sahaja..padahal hati kaca...

deea..terima kasih kerana cuba untuk berkongsi buah fikiran..heeeee..bila oni berbahasa melayu..mmg inilah jadinya...penghayatan agak melampau..haha

S.H.A said...

Oni memang fragile
plus Oni memang pure student Mak Teh :P

Andaikan dapat ku putarkan masa, akan ku cabut semua ujian2 yang menanti di hadapan..
Lalu yang tinggal hanyalah bahasa..
Bahasa jiwa bangsa~ Hahahahah

Cepat Oni, lagik!

* oni * said...

dulu masa aku masih seorang pelajar sekolah..aku lebih banyak bercoret dalam bahasa asing..maksudnya..aku bukanlah pelajar makteh yg setia..haha..
tapi tanpa dgn sengaja aku jumpa betapa indah berbahasa ibunda..lebih dekat dgn jiwa..dan jadilah aku seperti yg selalu di sindir org bila bahasa aku agak lari dari bahasa pasar....
tapi aku suka..sebab tu jarang sekali aku bagi bukti pada orang ramai tentang sifat aku yg satu ni...huhu...makanya,entry dalam blog aku ni jarang2 sekali dikemas kini...


p/s : cepat jatt,lagik! =)

Nadrea said...

kerna bila disekolah, kita diomongkan dengan keagungan bahasa asing..berbahasa asing lah kamu, nescaya kamu akan maju...
sedang bahasa sendiri biarpun tunggang tebalik, tiada jua sesiapapun amibil peduli...
nah..nhh..terhasil lah generasi ini depan mata..

lalala~
nak jugak aku menempel..

S.H.A said...

jangan gusar..
bahasa ibunda akan kembali hangat di pasaran..
ppsmi akan dimansuhkan..
ayuhlah oni berkarya..karyawan semakin pupus..
atau kemudilah karya indie :P

pabila masa itu tiba,
karya akan terhasil..
aku tidak memaksa, tapi sekali ianya terhasil, kau akan ku salute!