Thursday, February 18, 2010

taiknologi.

tengah ada mood nak ber-diari (bluwekkk)...

hari ini bangun awal (dari biasa), tengah hari ada tugas membawa mak dengan abah pergi kenduri kahwin, sejujurnya aku tak berapa minat nak pergi kenduri ni, tambah pulak dengan cuaca yang panas melampau sampai boleh bikin garing baju yang dipakai. tapi itu tanggunggjawab sebagai anak,tanggungjawab menghadiri jemputan majlis, dan demi tanggungjawab itu, aku cuba ikhlaskan hati.

di rumah kenduri, selepas makan lauk yang lebih kurang sama dengan semua kenduri yang ada di malaysia, mak dengan abah ajak lepak dalam rumah kawan (lepak ye) memang kitorang lepak pun,tunggu pengantin sampai, sejuk la sikit duduk dalam rumah. dan aku menjadi yang paling muda dan paling tak tahu apa2 pun turut serta dalam perbincangan yang lebih kepada hal anak-anak dan cucu masing2.

dan tiba satu part tu,abah (a.k.a daddy's cool) cakap dengan tuan rumah tu,

" sekarang ni anak2 tak nak kawan dengan kita dah, diorang kawan dengan laptop je"

ye, aku masih disitu,dan memang abah tengah jeling ke arah aku sambil buat gaya ala2 tgh chatting, dia mula2 tgh bercerita tentang perihal kakak aku yang sibuk dengan phd dia tu, sampai jarang2 sekali keluar bilik.semua orang tahu dia tgh sibuk, aku yang balik bercuti sekali sekala ni pun nak jugak buat2 sibuk depan laptop. haha (tak kelakar)

aku sedar abah memang pentingkan isu kekeluargaan ni, kalau boleh masa makan mesti semua kena makan sama2,sembahyang jemaah ramai2,tengok tv sama2, sebab abah selalu cakap,
waktu2 macam tu la yang boleh eratkan silaturrahim antara keluarga.

aku dah lama arif tentang isu itu, dan setiap kali aku bercuti dekat rumah pun, walaupun aku akan online 24jam dalam bilik, tapi paling kurang mesti sejam sekali aku akan keluar bilik, jenguk ruang tamu,lepak2 depan tv walau pun abah tgh tengok berita BERNAMA,buat2 tanya abah dgn mak tgh tengok cerita apa,sepuluh atau lima belas minit pun dah cukup, aku cuma nak abah dgn mak sedar kewujudan aku dalam rumah,taknak diorang rasa macam tak ada orang dalam rumah, anak balik bercuti pun masih rumah kosong sunyi.

selagi kita ada,kita tak akan sedar betapa perlunya kita dengan semua itu. perasaan boleh tengok tv sama2 dengan adik beradik, makan sama2,curi air org lain sebab malas nak buat air sendiri,
tapi bila dah jauh,bila tiba-tiba ada yang ditarik balik, masa tu menyesal tak akan ada guna. aku cuba ingatkan diri sendiri,takut2 aku sendiri lalai dengan teknologi,lalai dengan kawan2,sampai lupa darah daging sendiri.

esok aku akan kembali jauh dengan mak abah,walau pun tak la jauh mana,tapi aku dah kurang peluang nak dapat pahala semata kerana tatap muka mak abah,

okay, kenapa tiba2 aku mengada2 macam sedih sangat nak balik sekolah semula, padahal ini dah macam basi dalam hidup aku, aku di kedah memang selalunya tak sampai seminggu, hari lain dalam setahun lebih banyak di tempat lain.paling lama aku di rumah cuma bila cuti semester.


sebenarnya tengah mengantuk gile, tapi tak boleh nak lelap mata sebab dari tadi ada bau ayam BBQ dengan cookies yang baru keluar dari oven. mummy paling jaguh buat aku tak senang duduk dengan segala makanan tu. haishhh..

to mummy and daddy,(ni panggilan waktu tengah nak mengada)

org akan sembahyang maghrib berjemaah malam nnt.

malam ni kita tengok berita sama-sama ye.
dan juga makan ayam bbq sama2. oh la la.








*** berkerut-kerut muka aku bila tengok blog sendiri ada entry panjang berjela. errrr



3 comments:

Nadrea said...

oo..patut la pakcik sarip mcm happy je bila org dtg...heheh

ye ye je....

Jatt Hajar said...

pergh~

touching deep inside.
okay.
will spend time with fam too.
err?

Anonymous said...

walaupun mak ayah saya tak kata apa2.mungkin dia berpendapat yg sama.thx ms. blogger 4 making ppl (read:me)realize this.

*ayah saya macam bapak si ikal.tu la pasal.;)