Wednesday, April 21, 2010

bulan empat, hari ke-tujuh belas


tahun ini,bulan empat, hari ke-tujuh belas .

saya rasa lebih ada makna bila dapat jumpa semua ahli keluarga saya.


tak tipu, memang semua. dan saya juga tak tipu bila saya cakap saya tak guna langsung call free yang maxis bagi tu. okay,yang ni tipu,saya guna,tapi cuma untuk 5 minit. (macam tak perlu tunggu dapat call free pon boleh buat kalau camtu).

mesti orang akan cakap, 'memanglah kau tak guna sebab kau takde boyfriend'
yelah kan. orang lain ada. lupa pulak.


tak apalah,saya punya keluarga yang beri makna. dan untuk semua yang ternanti bila saya bakal punya teman lelaki, doakanlah lagi.

saya selalu doa macam Deea post dekat blog dia hari tu.mungkin sebab tu belum jumpa. (cita-cita tinggi sangat)

eh,lupa. nak cerita pasal hari jadi dan hari jumpa Raouf sebenarnya. mula-mula nampak Raouf,dia kecik sangat. nak angkat pun takut. Raouf suka buat muka garang. tapi auntie Oni shayangggg yu.

saya memang pantang nampak budak kecik,rasa macam bahagia bila nampak budak2
( logik kan?,biarlah tak logik pon).

gabungan hari jadi bersama keluarga dan bertemu anak saudara yang baru sangatlah sempurna. ditambah dengan masakan ibu yang sumpah saya rindu gila.

saya punya semangat baru untuk balik melaka, fokus untuk periksa yang saya harap jadi yang terakhir kali.
tapi rupanya saya cuma kuat bila ada dengan orang2 yang saya sayang.balik sekolah aku jadi melankolik balik. rasa nak menyorok bawah tilam nangis kuat-kuat. (dah lama rasanya tak nangis,konon kuatlah depan kawan2 mana boleh nangis, citt porahh)

ye betul,oni memang manja. (manja sendiri,mak dengan abah tak pernah manjakan dia pon)

opss lupa, saya sangat berterima kasih kerana mempunyai kakak yang sangatlah baik-hati-murah-rezeki, beliau sangatlah generous ( mengalahkan ellen degenerous). beliau belanja baju dan seluar baru untuk alam professional nanti.maklumlah,adik dia ni cuma ada seluar yang boleh bawa pergi pasar je. thank you soooo much kakak!


dan,ada lagi satu yang buat saya tersengih2 dalam train dari steten Bandaraya hingga ke stesen Bukit Jalil.

kakak dengan Abu hantar saya sampai sogo,dari situ balik sendiri pergi bukit jalil,masa dah nak balik tu, macam biasa salam kakak dengan abu,
tapi...

yang bestnya,masa abu salam tu,dia selitkan duit dalam tangan dia rupanya. oh soo suwitttt lah abu. macam salam pergi kenduri kahwin tu,siapa yang salam dengan tangan kosong,maka tuan rumah akan salam lama sikit sebab tak puas hati cari duit tak jumpa. ngeee.

saya terus berlalu pergi dengan tersengih2. haha. pandai abu buat surprise.
(menyesal selalu gaduh dengan dia kecik2 dulu).
tapi macam tak kena lak adik pulak yang bagi duit dekat kakak. oh maafkanlah saya, saya masih tiada pendapatan. abu-the-encik-polis sudah bekerjaya.

okay,sekarang rasa macam dah banyak sangat cakap. mari kita letak gambar.
(macamlah ada orang ternanti2 nak tengok). haha



abah dah ready pakai baju handsome dari tengah hari sebab nak bergambar ramai2,tapi dah lepas asar baru sempat bergambar.


Abdurraouf Redhaudeen Ar-Redzqi bin Mohd Redzuwan


jangan dukung bayi sebelah tangan, bahaya.


chill la Raouf, why so serious?


semua.





8 comments:

Nadrea said...

mari berpegang dengan tagline ini;

'biar kawen lambat..asalkan tak kawen dengan orang yang salah...'

biar lambat berpacaran...siapa kita nak tentukan...jodoh tu kerja tuhan.. ;)

i missed famly pak cik sarif n mkcik ton..!

* oni * said...

tagline yang bernas dari deea! cayalah!


family pakcik sarif also miss you. terasa kekurangan bila masak spagheti tapi awak tak datang. huuuu~~

Anonymous said...

best post ever!
i've been waitin like forever!
(pantun 2 kerat)
ol d best buddy.
steady fren will come later.
lepak sudah.
kita cari sama2 la.
haha.
jgn xsemangat.
tgk laskar pelangi.
bpe puloh kilometer plus boya pon lintang p jugak skola.
(hg dh abeh baca blom?aku nk rekemen karya best baru ni.karya tempatan;))

* oni * said...

huhu. laskar pelangi jadi peneman tidur setiap malam. setia ditepi bantal,

tapi sampai sekarang tak sempat nak baca lagi. baru baca satu chapter.sedih kan? huhu

setiap hari ingat dekat cik anonymos sebab rasa bersalah tak baca2 buku tu lagi. dulu sibuk sangat sampai nak empat2. haha

eh....entry ni pasal raouf,tapi semua org komen pasal dua perenggan yg tak berkaitan tu je. haha

Anonymous said...

haha.lepak sudah.haruslah kamu highlite nama raouf dengan capital letters lain kali.
camtu xpelah.aku gtaw jugak nama writer pojaan saya baru2 ini.bahruddin bekri.hehe

Nadrea said...

tetttt...

masa untuk oni baca hampir tamat..wei gue dah nak balik mlasia nihh

cepat tukar turn!!

MsLieBe said...

bahagia tgk kamu bahagia..
btw oni baik becinta lbey lps kawen, lbey bermakna.. hee..

ZieSalikan said...

wa.......wa........bestnya ader ramai2 adik beradik...hehe..x raya pun ade gmbar ramai2...zie tunggu raya baru dpt gmbar ramai2..