Wednesday, September 8, 2010

raya.

sahabat-sahabat dari syurga,
aku ini sungguh sudah hilang daya,
mencuba untuk berada di tingkat yang kau paling rasa selesa,
memberi waktu yang kau paling perlu aku ada,
aku sudah habis berlari,
merangkak juga aku masih menjunjung segala rasa yang kau mahu.

sahabat-sahabat dari syurga,
rasa terima kasih itu bukan lagi layak untuk aku ungkap,
lebih dari itu tak tergambar,
aku ini dari tahap yang paling hina,
seringkali lupa apa itu setia,
aku malu membanding diri dengan sahabat yang aku punya,
apa layak aku dibanding dengan sahabat yang seindah dari syurga,
maafkan aku apa adanya.

kepada yang setia membilang pagi,
mengakhiri setiap malam yang sepi,
aku paling beruntung punya kamu dalam hati.
walau kini aku bukan lagi yang itu.

selamat hari raya,
maaf apa adanya.


No comments: