Friday, December 18, 2009

please .


si bintang tiga!
aku sudah jumpa kamu .
kan aku dah cakap, aku lebih suka gelap gelita dari terang benderang.

please be there,
you don't know how much it mean to me.

satu.dua.tiga
sampai bila-bila .


Monday, December 14, 2009

aku lupa nak jadi manusia.


aku sekadar hendak cuba ,
apa rasa yang tinggal bila kita kongsi semua,
harap-harap boleh tidur lena macam manusia lain dalam dunia.

(jangan baca . entri ini memang macam telenovela )


semalam aku pergi jemput kakak aku pulang, yang aku nantikan "si merah" aku yang melancong tanpa aku. tak apa mungkin dia lebih memerlukan semua pengalaman itu dari aku.
di tempat kapal terbang mendarat dan kawasan yang seluas-luasnya malam itu, aku cuma cari bintang yang tiga itu. sumpah aku dah hilang jejak mereka.

aadiyaat memang paling suka nampak sebesar-besar kapal terbang depan mata dia, tapi mama dia lagi teruja agaknya, dalam banyak-banyak soalan yang dia boleh tanya, yang keluar dari mulut cuma " macam mana benda berat ni boleh terbang eh ? " . aku jangkakan soalan itu akan datang dari anak dia.

dan sementara tunggu orang yang dijemput itu selesai dengan proses mendarat. kami di luar lapangan ini dihilangkan bosan dengan kelibat si botak yang paling popular di malaysia. tapi aku cuma sempat nampak belakang dia. yang nampak si botak yang kononnya terkenal itu adalah orang yang bertanya tentang benda berat yang boleh terbang itu. dah memang tabiat aku orang lalu depan mata pun aku jarang pandang. kecuali disuruh pandang.

malam itu orang yang paling sibuk di talian adalah mummy, habis semua ahli keluarga di ingatkan tentang kepulangan kakak malam ini. aku pun hairan, ini bukan pertama kali kakak tu terbang jauh, dan kali ini pergi cuma seminggu, tapi memang keluarga aku macam itu. hari yang boleh dikumpulkan semua ahli memang sangat di titik beratkan. tapi kakak aku yang sedang besar perutnya itu tak ada peluang hendak turut serta.

hari selepas esok,
niat untuk menjamu mata melihat pokok-pokok tinggi yang dihias segala. tapi manusia macam semut masuk tentera. ramai gila ! cuma yang dapat dirakam dalam memori cuma adegan sesat dalam one utama, tak jumpa punca kereta letak dekat mana.

hari ini kakak aku yang perut sudah kian besar itu datang dari tempat kerja dia. kutip hadiah dari luar negara . sekurangnya balik nanti aku boleh cerita pada mummy yang semua anak perempuannya sudah jumpa sesama sendiri. si ibu mengandung tu tak pernah jadi macam ibu mengandung lain yang selalu berlakon dalam tv. layu dan longlai macam sayur. tapi kakak aku macam orang tak berbadan dua,cergas dia tetap sama, sama macam si hajar husna tu. aku bakal mendapat dua orang anak sedara. eh yeke? . peduli apa, aku tetap teruja!

dan untuk kekasih hati yang dirindui. tetttt... ini memang sengaja hendak buat si hajar abas terbeliak mata. maaf, aku masih belum boleh kongsi berita yang kau tunggu selama ini.

esok, dan ini memang di maksudkan esok bersamaan hari selasa lima belas haribulan dua belas tahun yang sama. aku akan pulang ke tempat yang banyak warna hijau dan juga ada ibu bapa disana.
setinggi mana pun bangunan,secanggih mana pun kota raya ini. aku tetap rindu gelap gelita di rumah aku.

di sini tak nampak bintang,
di sini tak nampak awan.

aku mahu kembali cari jejak bintang tiga itu.






Monday, December 7, 2009

kali berapa.



rasa ini entah untuk yang keberapa kali,



tolong,
jangan ditambah bilangan lagi.




Saturday, December 5, 2009

bulan baru.

buih salji pun dapat buat kami teruja.
patutlah kakak tak bawa kita pergi new zealand. =p



wahai siti hajar husna, walau anda tiada disini,
anda tetap dihati =D
nanti kita datang sini lagi.

cita-cita mahu terbang.


hari membuat sahabat tersenyum girang.









************************

hari ini adik saya sangat baik hati,
dia bagi pinjam kereta bersama minyak yang siap di isi penuh,
dan juga smart tag,

ok, dia memang tak kedekut pun,
saya yang selalu kedekut dengan dia. hahaha.





Friday, November 27, 2009

biar saja.



ini fynn jamal cakap :


kadang2,
ada benda --
kita biar saja.

sebab orang takkan faham makna sesuatu.
sebagaimana kita ini fahamkan sesuatu itu.

tak perlu berpenat berlelah berbuih bibir.
kalau betul orang mahu faham, dia akan faham.
kalau memang sudah dipilih untuk tidak,
terangkanlah dengan cara paling hebat sekali pun;

orang tak akan terima.



............................................................

ini aku mahu cakap :

. . .



Monday, November 23, 2009

cuti sekolah.

gaya superhero wanna be
diyat ingat dia bumble bee. haha


rasa macam baru pertama kali balik kampung =)


nadira ahmad sani.
teman menggila.
haha

Saturday, November 21, 2009

Thursday, November 12, 2009

dia lagi.

miss you!
again...

* * *



" sahabat itu,
kasih sayangnya lebih dari keluarga,
kurang dari kekasih "

dan waktu ini aku tak punya lagi kekasih,
maka kamulah yang paling aku kasih.



: catatan lama

Wednesday, November 11, 2009

sahabat dari syurga.


aku punya sahabat yang paling baik dalam dunia,
paling indah dan yang paling aku suka,

aku rasa ingin mati disetiap kalinya hati aku hancur,
tapi setiap kali itu dia buat aku rasa aku perlu hidup,

dia tak dengar,
dia cuma ada,
tapi bagi aku,
itu dah kira semua.

aku rasa aku manusia,
bila dia kongsi apa yang dia rasa,

dia tak pernah sedar,
walau dengan satu kata,
dia boleh buat aku rasa bernyawa.


dia pernah lari,
sungguh aku rasa macam separuh aku mati,

dia tak sama,
tak mungkin ada yang sama,

kalau aku perlu hilang dia,
biarlah dengan cara paling mulia,
tapi mohon aku,
diminta jangan.

aku punya sahabat yang paling aku jaga,
hilang dia walau bukan aku minta,
sampai mati akan aku rasa.

aku punya sahabat yang paling jaguh,
bikin aku ketawa walau tak pernah minta,
dia tak selalu ada,
tapi bila dia dengar,

sungguh aku rasa dia yang paling ikhlas.

aku punya sahabat yang paling beza,
dia tak pernah tunjuk apa yang dia derita,
tak pernah teriak pada dunia minta simpati,
dia yang paling kuat pertahan hati sendiri.

aku punya sahabat yang selalu aku rindu,
bila aku mahu cerita apa yang aku tempuh,
dia paling setia tadah telinga,
walau kadang aku cuma niat nak mengeluh.

aku punya sahabat yang paling dekat,
semuanya kami rempuh sama-sama,
kalau ada yang cuba ancam,
sungguh aku yang paling depan akan halang.

aku punya sahabat yang paling baik,
dia tak pernah suara tinggi,
tidak pernah buruk dalam sangka,
aku doa jadi mirip dia.

aku punya sahabat yang paling rapuh,
dia sering kali mengeluh,
tentang kejam dunia pada dia,
walau untuk yang sejuta kali,
sekali pun aku tak pernah cuba hendak tangguh,
bukti aku ada,dengar dan faham semua.

aku punya sahabat yang hilang,
aku punya sahabat yang jauh,
aku punya sahabat yang sembunyi,
aku punya sahabat yang setia,
aku punya sahabat dari syurga.

untuk semua sahabat yang aku punya,
kalian semua juga punya aku.

terima kasih Maha Kaya.





Thursday, November 5, 2009

!

aku dah benci.
aku dah muak.
sumpah.

Wednesday, October 28, 2009

hear the meaning within these words

.terlalu banyak bermonolog.
.sampai kadang meronta nak terluah.
.tiap kali aku cuba jadi pencerita.
.sudahnya aku yang akan menyesal.
.setidaknya aku penah cuba.
.untuk yang terakhir kali.
.dan tak akan lagi.
.lebih baik terus jadi yang setia.


***************************

untuk yang sentiasa setia mendengar....


TeruntukMu hatiku,
ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya,
imaji yang terlintas
Berjalan pada satu,
tanya selalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih

Kepada yang Tercinta,
inginnya ku mengeluh
Semua resah didiri,
mencari jawab pasti

Akankah, seseorang,
yang ku impikan akan hadir
Raut halus,
menyelimuti jantungku




* oni berjiwa-jiwa lagi.
ye..saya sedar tentang itu..
biarkan sahaja..*