Thursday, February 18, 2010

taiknologi.

tengah ada mood nak ber-diari (bluwekkk)...

hari ini bangun awal (dari biasa), tengah hari ada tugas membawa mak dengan abah pergi kenduri kahwin, sejujurnya aku tak berapa minat nak pergi kenduri ni, tambah pulak dengan cuaca yang panas melampau sampai boleh bikin garing baju yang dipakai. tapi itu tanggunggjawab sebagai anak,tanggungjawab menghadiri jemputan majlis, dan demi tanggungjawab itu, aku cuba ikhlaskan hati.

di rumah kenduri, selepas makan lauk yang lebih kurang sama dengan semua kenduri yang ada di malaysia, mak dengan abah ajak lepak dalam rumah kawan (lepak ye) memang kitorang lepak pun,tunggu pengantin sampai, sejuk la sikit duduk dalam rumah. dan aku menjadi yang paling muda dan paling tak tahu apa2 pun turut serta dalam perbincangan yang lebih kepada hal anak-anak dan cucu masing2.

dan tiba satu part tu,abah (a.k.a daddy's cool) cakap dengan tuan rumah tu,

" sekarang ni anak2 tak nak kawan dengan kita dah, diorang kawan dengan laptop je"

ye, aku masih disitu,dan memang abah tengah jeling ke arah aku sambil buat gaya ala2 tgh chatting, dia mula2 tgh bercerita tentang perihal kakak aku yang sibuk dengan phd dia tu, sampai jarang2 sekali keluar bilik.semua orang tahu dia tgh sibuk, aku yang balik bercuti sekali sekala ni pun nak jugak buat2 sibuk depan laptop. haha (tak kelakar)

aku sedar abah memang pentingkan isu kekeluargaan ni, kalau boleh masa makan mesti semua kena makan sama2,sembahyang jemaah ramai2,tengok tv sama2, sebab abah selalu cakap,
waktu2 macam tu la yang boleh eratkan silaturrahim antara keluarga.

aku dah lama arif tentang isu itu, dan setiap kali aku bercuti dekat rumah pun, walaupun aku akan online 24jam dalam bilik, tapi paling kurang mesti sejam sekali aku akan keluar bilik, jenguk ruang tamu,lepak2 depan tv walau pun abah tgh tengok berita BERNAMA,buat2 tanya abah dgn mak tgh tengok cerita apa,sepuluh atau lima belas minit pun dah cukup, aku cuma nak abah dgn mak sedar kewujudan aku dalam rumah,taknak diorang rasa macam tak ada orang dalam rumah, anak balik bercuti pun masih rumah kosong sunyi.

selagi kita ada,kita tak akan sedar betapa perlunya kita dengan semua itu. perasaan boleh tengok tv sama2 dengan adik beradik, makan sama2,curi air org lain sebab malas nak buat air sendiri,
tapi bila dah jauh,bila tiba-tiba ada yang ditarik balik, masa tu menyesal tak akan ada guna. aku cuba ingatkan diri sendiri,takut2 aku sendiri lalai dengan teknologi,lalai dengan kawan2,sampai lupa darah daging sendiri.

esok aku akan kembali jauh dengan mak abah,walau pun tak la jauh mana,tapi aku dah kurang peluang nak dapat pahala semata kerana tatap muka mak abah,

okay, kenapa tiba2 aku mengada2 macam sedih sangat nak balik sekolah semula, padahal ini dah macam basi dalam hidup aku, aku di kedah memang selalunya tak sampai seminggu, hari lain dalam setahun lebih banyak di tempat lain.paling lama aku di rumah cuma bila cuti semester.


sebenarnya tengah mengantuk gile, tapi tak boleh nak lelap mata sebab dari tadi ada bau ayam BBQ dengan cookies yang baru keluar dari oven. mummy paling jaguh buat aku tak senang duduk dengan segala makanan tu. haishhh..

to mummy and daddy,(ni panggilan waktu tengah nak mengada)

org akan sembahyang maghrib berjemaah malam nnt.

malam ni kita tengok berita sama-sama ye.
dan juga makan ayam bbq sama2. oh la la.








*** berkerut-kerut muka aku bila tengok blog sendiri ada entry panjang berjela. errrr



Tuesday, February 16, 2010

entri paling banyak gambar .

rasanya kena tulis jugak mukadimah untuk entri kali ni, mulanya ingat nak letak je gamba, sila pahamkan sendiri semua maksud gambar2 di bawah, tapi terfikir pulak kalau nanti ada yang berkerut muka cari jawapan, 'mana datangnya cik hajar tu tiba2 ada dekat melaka? '

okay, dia datang untuk bercuti, tenangkan fikiran, rehatkan badan,nikmati pemandangan.
tapi saya dengan kejamnya telah seksa dia jalan kaki keliling bandar melaka sampai rasa macam nak patah kaki ( at least saya memenuhi setiap yang terkandung dalam tentatif program) .

alhamdulillah, semua yang dirancang agak menjadi. tapi saya paling takut cik hajar tu penat,tak cukup makan,tak cukup rehat,tak enjoy dekat melaka. (babe,seriously aku takut gila kalau ko pengsan tgh jalan) huhu

ingat senang ke nak jadi project manager,walaupun tetamu cuma seorang, yang seorang itulah yang paling selalu buat saya cemas. segala rasa mengantuk dan penat jadi hilang sebab saya dah janji nak bagi percutian yang paling menarik untuk sang sahabat. (tapi sorry kalau trip ni tak menarik seperti yang di idamkan )

sekarang dah malas nak tulis, kalau tulis banyak2 nanti mulalah terkeluar ayat2 puisi, muntah pulak orang lain nanti. silalah tengok gambar......








paling tinggi.
paling ramai orang asing.

biarlah tengah panas terik,angin ribut rosak tudung,
pemandangan dekat pantai akan buat semua orang jadi senyum .


saya nak jadi sahabat dia sampai bila-bila.
possible kan? insyaAllah.


semua.


'sahabat dari syurga'

konsep gambar : through my window =)


baru jadi kawan.



dinding paling cantik.

dia memang selalu akan setia menyokong saya dari belakang. tak kira apa.